cobaan

Monday, April 2, 2012

Atas Payungan Frasa “Cinta”

Assalammualaikum wbt… dan salam menatap serta meratap…
Ahakz… again with “Love” topic… kajian membuktikan bertapa bejatnya manusia dalam terjemahan pengawalan dan kelemahan… mengapa??? Big question kan…
Jawapan mudah bagi individu bagi menyelamatkan diri… “tiada manusia yang sempurna kat dunia ni” hooo… manusia sekarang membabi buta je guna terjemahan bagi menutup kelemahankan atau konsep kembangan kepada “ayat merayu”…
Berbalik kepada pertanyaan tadi… manusia sentiasa akan menyalahkan “Cinta” kerana kegagalan sebuah perhubungan… bahkan ada dalam kalangan mereka mengklasifikasikan “cinta” itu sebuah kesilapan… tafsiran, andaian, dan definisi serta terjemahan telah lagi dari konsep sebenar frasa “cinta”
Bagi sesiapa yang pernah mendengar kata keramat atau terjemahan membugar tentang “cinta” maka mereka tidak akan pernah menistakan cinta… konteks sebenar “CINTA” menggambarkan perasaan… perasaan??? Apa yang pasti “cinta” membuahkan bahagia dan bukan derita… sinonimlah dengan perlambangan yang selalu di canang seperti CINTA bisa merubah hitam jadi putih… cinta bisa merubah cuka jadi madu… dan sebagainya… kesimpulannya frasa “cinta” sentiasa hadir tatkala sesuatu yang baik… bukan seperti kebanyakan manusia yang mengalami kegagalan cinta dan mewujudkan istilah… “cinta ini membunuh” “cinta ini satu kesilapan” Hooo… apa ni??? TOLONG!!! Sekali lagi TOLONG!!! Jangan hanya kesilapan dan kejahilan anda... keindahan “cinta” juga turut tercemar… dan TOLONG jangan khianati “cinta” kerana khilafnya anda… maka anda menjadi pendusta…
Cinta… terjemahan yang tentunya berbeda pada minda setiap individu akan makna dan perlambangan… “cinta” ini merangkumi makna yang luas… sehingga boleh kita jelaskan pandangan mengikut bilangan orang… terlalu banyak… kerana jika kita melihat dan menerima “cinta” dari satu sudut bermakna kita hilang akan nikmat “Cinta” yang sebenar… Asbab… cinta itu tidak hanya terikat pada pertalian antara sesama manusia… bahkan juga lahir kepada sang penciptaNYA… juga kepada alam sekitarnya… haiwan dan tumbuhan juga lahir atas nama serta dasar cinta… adakah hanya itu terjemahan kepada cinta??? TIDAK! Cinta itu terlalu luas untuk kita rungkai semuanya dan abadikan dalam helai-helaian nota lalu kita abadikan menjadi buku…
Setiap individu punya akal yang unik dan terjemahan yang mungkin anda sendiri tidak dapat gambarkan tetapi mengakui kebenaran terjemahan orang lain tentang “cinta”… atau kita boleh bahagikan kepada beberapa kumpulan yang mana bermula daripada dua individu yang mempunyai sepuluh pendapat yang berbeza kemudian ditambah dengan seorang individu lain yang mempunyai separuh pendapat yang sama daripada kedua-dua individu yang pertama dengan tambahan pendapat yang berbeza… dan begitulah selanjutnya cinta itu akan dikembangkan… tiada CINTA yang membawa erti negative… tiada cinta yang menyusahkan… semuanya kerna lemahnya manusia… bukan cinta…
Konklusi… “cinta” jika benar pembawakannya boleh menjadi pendorong yang terus memacu laju ke arah jaya… tetapi cinta tidak pernah menjadi pencundang kepada gagalnya seorang insan… sebaliknya… insan itu gagal kerna kelemahan daya kawal emosi sehingga mengotori suci bersihnya frasa terjemahan akan “CINTA”… asbab kita juga dilahirkan atas payungan rasa “CINTA”…
-Yang Turut Merasa Cinta…-(duniapemikir) 