cobaan

Saturday, December 31, 2011

Sulam Sarawak...

Assalammualaikum...wbt... dan salam menatap...
kali ni cerita santai skit... tapi bukan ceritalah sebenarnya... promosi... yang lebih tepatlah... ok... kalau diikutkan semalam aku sepatutnya post tentang sesuatu... but... kurang sihat... buat idea aku terbantut... hurm... so tggu aku sihat skit aku akan post cerita tu... so post ni aku nak promosi family punya bisnes... bisnes apa? bisnes menjahit... Arisa Tailoring... nama kedainya... aku kerja part time je... tgk la apa benda yang aku bleh bantu aku buat... biasa kerja aku jahit sisi... yang benang putih tu... dan buat sulam...

Perkhidmatan yang ditawarkan Arisa Tailoring... menerima tempahan menjahit baju melayu, baju kurung, baju kebaya, baju kemeja, buat songkok, selimut tampal seribu, jubah, jubah konvo budak-budak, dan yang paling penting sulam... ahakz... sulam Sarawak ni ada dua jenis... yang aku tahulah... Sulam timbul(simo timbol) dan Sulam Cabut (simo cabut)... buat masa ni... kami hanya buat untuk sulam timbul sahaja...


ni sulam code no. 1


ni sulam code no. 2


ni sulam code no.3


ni sulam code no.4


ni sulam code no.5


ni sulam no.6


ni sulam code no.7


ni sulam code no.8


sulam code no.9


sulam yang terakhir... code no.10

CODE BAHAGIAN SULAMAN :
A : PERGELANGAN TANGAN DAN POKET BAJU
B : PERGELANGAN TANGAN, POKET BAJU, DAN KELILING BAJU
C : PERGELANGAN TANGAN, POKET BAJU, KELILING BAJU, DAN KOLAR
D : PERGELANGAN TANGAN DAN KELILING BAJU ( BIASANYA UNTUK BAJU KURUNG)
E : PERGELANGAN TANGAN, KELILING BAJU, DAN KOLAR

cara penempahan...
1. Sediakan baju contoh berserta kain yang baru... (tolong pastikan jenis kain yang dipilih tidak bercorak (plain)... kerana dikhuatiri... TIDAK menampakkn sulam pada baju...atau sulam akan tenggelam...
2.kemudian pilih code sulam... dan code jenis sulam...
3.Pembayaran boleh la dibuaat secara on9 atau melalui atm... sila sertakan maklumat transaksi pembayaran... bank yang disediakan CIMB,MAYBANK,PUBLICBANK,BSN
4.Penghantaran akan dibuat menggunakan poslaju bagi yang berada diluar kawasan...(kos penghantaran akan dikenakan)
5.Harga dari RM150-RM370 tidak termasuk upah menjahit baju dan kos penghantaran... (harga ditentukan melalui code sulam dan code bahagian sulam)
6.Untuk maklumat lanjut... sila hantarkan email ke alamat arisatailoring@gmail.com... atau anda boleh add facebook... Arisa Tailoring

*** Biasanya sulam timbul ni buat untuk baju Melayu dan baju kurung je... dewasa dan kanak-kanak...

so... sapa-sapa nak menempah sila hantar email tadi atau add je fb... opss lupa nak bagi tau... penerimaan tempahan akan ditutup sebulan sbelum puasa... atau akan lebih awal... jika tempahan terlalu banyak...
ni jelah cerita aku kali ni... memang xlarat nak menaip ni... tapi aku gigihkan jua... siapa2 nak buat baju untuk hantaran kawen... memang eloklah... hehehe :) ok next time aku post yang lain lak k... " Jika Anda Suka... Kami Lagi Gembira..."

Thursday, December 29, 2011

Aku Lemah Tiada Daya...

Assalammualaikum... dan salam membaca...
emosi aku akhir-akhir terganggu dengan ragam "mereka" yang cuba mewujudkan sebuah kehidupan mereka sendiri... mungkin penulisan aku kali ini sangat beremosi... tetapi akan cubaku tapisi dengan kata-kata gantian dan perlambangan sewajarnya... "mereka" ini bukan bodoh dari segi IQ malah bijak dalam bidang pendidikan... malangnya golongan ini terlalu terikut-ikut dengan ideologi "aku ingin kebebasan" atau juga "dunia paksaan berakhir di sini" atau "masa untuk aku memberontak"... golongan mereka ini juga merupakan golongan yang berjaya... tetapi gagal dalam erti kata mengawal hati dan minda...jika ditanya adakah anda tahu akan akibat perlakuan anda? kebanyakkan mereka tahu bahkan ada yang lebih mengetahui daripada si penanya...



golongan ini juga terbahagi kepada beberapa kumpulan... kumpulan satu... kumpulan kancil yang melepasi sang buaya... kumpulan dua... kumpulan kura-kura dalam cengkerang... kumpulan ketiga... kumpulan khinzir sodokkan...(pelik? tapi benar...) golongan ini juga mempunyai fasa bahkan mereka mempunyai perancangan yang lebih baik daripada golongan kebanyakkan... bijaknya mereka ini kerana mereka menerapkan dan memanipulasikan prinsip atau panduan hidup manusia sebagai cara menyelesaikan bahkan membuat perancangan... tanpa anda sedari...percayalah... mereka ini ada disemua bidang kerjaya... dan jangan terkejut jika mereka lebih kepakaran berbanding anda... bagusnya mereka... kerana mereka tidak meletakkan elemen peribadi dalam pelaksanaan tugas... tetapi akan cuba mempengaruhi mereka sekitarnya... maka inilah golongan kancil... yang bijak mengatasi buaya... tanpa niat mengajak tetapi golongan kura-kura dan khinzir terpengaruh... bukan kerana bijaknya kancil... tetapi pembawakan sang kancil seperti menyusukan anak supaya mendapat kalsium sebagai pembesaran tulang...



beralih kepada golongan kura-kura dalam cengkerang... golongan ini sebenarnya boleh diselamatkan... kerana langkah mereka masih lambat seperti kura-kura juga... akan tetapi... golongan ini sentiasa memerlukan bimbingan... sekali tali tempat mereka berpaut hilang... maka mereka akan bergerak secara agresif kerana pembimbing yang baru mungkin dari kalangan nista... dan golongan terakhir golongan khinzir... golongan ini diklasifikasikan sebagai halia muda... ranum.. tetapi tahap keutuhannya rapuh berbanding halia tua... mereka ini golongan yang paling lemah...kerana seperti frasa atau penggunaan mereka hari ini tentang " membabi buta "



mengapa membabi buta? kerana tiada ilmu... meratapi... bahkan mengamalkan tanpa rasa gentar si kura-kura... tetapi mengambil semangat kancil yang bertindak berani... tetapi kondisi iQ lemah tanpa daya... fuhhh... mungkin penulisan kali ini terlalu memeningkan anda... bahkan ada yang merasa terhina... tetapi bagi golongan yang aku nyatakan... mereka lebih faham... kerana mereka telah mengaburi mata anda bermula hanya dengan asap dari kepulan rokok... bertukar ke asap pembakaran rumput... dan akhirnya ke pembakaran dunia...

Secara jujur... aku lemah tiada daya... aku bangkit berjuang melalui penulisan nista ini... kerana aku tiada daya melalui anggotaku... tiada daya juga dalam lontaran suaraku... tetapi apa yang termampu hanya menolak dalam hatiku... lalu diterjemahkan melalui penulisan aku... aku berperang dengan diriku kerana tidak mampu menyumbang ke arah penegakkan panji-panji kebesaran... Akhir kata dari aku...semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah SWT...semoga Allah turunkan hidayah buat kita semua hamba-hamba-Nya...

Tuesday, December 27, 2011

inspirasi atau sindiran? bahagian 2

Assalammualaikum...wbt... dan salam membaca lagi...
ahakz... kalau anda pernah membaca story aku yang lepas... so aku bajet-bajet korang dah tau la apa al-kisahnya... so pagi ni aku serabut skit sebanarnya... so nak kurangkan serabut sementara cari ilham jugak... aku post part 2 untuk tajuk ni...

Kali ni masih beerkisar tentang novelis yang sama... aku rasa ada satu kimia... antara penceritaan watak dan situasi dalam novel beliau melalui terjemahan hidup aku... wow.. hahaha... kalau dulu aku menonton filem terlebih dahulu... kemudian baru baca novel kan... tapi kali ni terbalik... aku baca novel dulu... dengan imaginasi yang tinggi ni... yelah... aku kan kata tadi yang keserasian penceritaan Habiburrahman El Shirazy dalam novelnya...bersatu dengan jiwa aku... so daya imaginasi aku xjauhlah kiranya... huhuhu... so aku baca kedua-dua novel ni.. "Ketika Cinta Bertasbih" haa... bagi yang xtahu... novel ni ada ada dua bahagian... begitu jugak dengan filemnya...



kalau untuk novel dan filemnya yang lepas... atas kisah "Ayat-Ayat Cinta" aku berpuas hati untuk babak dalam novel yang tidak dimainkan... kerna masih menarik... tetapi percanggahan pendapat...(wah... melawan tauke... tertiba aku bercanggah pendapat bagai kan...hahaha) ada babak... babak menarik dalam novel tidak diterjemahkan ke filem... pemilihan pelakon pun... kira bayangan aku atau terjemahan visual aku meleset sama sekali... (ini menunjukkan pandangan juga tantapan setiap kita berbeda) bukan xcantik... tapi kurang tepat dengan penjelasan dalam novel tersebut...



Namun... bukan itu yang nak diceritakan..(punyalah panjang merepek kat atas... baru nak mula cerita rupanya...hahaha mukadimahlah katakan... hahaha) so... apa intipati yang aku dapat? (aku cerita terus novel satu dan dua... supaya xyah nak bukak cerita ni laggi kang...) masih lagi aku... meletakkan diri diposisi watak utama... sebagai Khairul Azzam...



Perkara pertama yang aku dapat... sabar... mengapa? cuba kita tanya kepada orang kita... atau lebih senang... tanya dengan diri sendiri... adakah kita sanggup mengambil segulung ijazah dalam tempoh 9 tahun? ijazah sarjana muda... belum masuk ijazah sarjana k...? sanggup ke? jawapannya tidak!... bayangkan orang kita... kena repeat subjek 2 atau 3 kali... abis tu berhenti... apply masuk tempat blajar lain.. kantoi... nk tuka tmpat balaja lagi.. last-last... diploma ntah kemana... ijazah xtau tau la bila kan... (ni bukan merujuk kepada sesiapa k... dah jadi terbiat generasi skang... buat pinjaman... last-last kerja guna sijil SPM jugak...buang masa dan buang duit je... baik abis SPM terus keja kan...) stop... cerita pasal ragam manusia ni... kita teruskan dengan cerita ya....

Perkara kedua yang aku belajar... tabah... yang aku rasa saat tomahan tentang bakso cinta yang diusahakan... saat lumpuh akibat kemalangan... juga sebuah pemergian ibu tercinta... bukan semua manusia dapat menerima tamparan hidup sebegini... ibarat sudah jatuh ditimpa tangga... apa yang menyedihkan... saat penderitaan itu... ada juga manusia yang cuba tidak berperikemanusiaan... sedang kita sakit fizikal... dia tambah sakit mental kita plak... (ni part... ibu Vivi tunangan Khairul Azzam... meminta anaknya dilepaskan...)

Jika menurut bibit-bibit cinta... kecenderungan aku lebih tertumpu pada... keikhlasan hati juga pengucapan "seandainya si gadis ditengah-tengah penantiannya kecundangan dengan rasa... maka akanku lepaskan dan relai untuk dileraikan... kerana aku tidak mahu menggantung kamu wahai si gadis tanpa tali... sehingga penyeksaan yang kamu alami kerana aku..." (ni konklusi aku dlm pengucapan Khairul Azzam dan adiknya Ayatul Husna... kepada tunangan masing-masing..) lebih tersentuh apabila gugur airmata kesetiaan tanda akur dengan pemulangan cinta tanda tunang... dengan bukan kerelaan hati...sedangkan sebelum ni... dia berjanji akan menunggu... tetapi desakan ibunya... menjadi linangan...(part Vivi tunangan Khairul Azzam tadi..) Indahnya cinta... jika paksi pada kesetiaan...kepercayaan...dan keikhlasan... (maksud aku cinta mengikut konteks... umum... iaitu semasa manusia, haiwan, tumbuhan... dan yang paling agung... Allah yang Maha Esa...

Terjemahan yang lain... adab dan batasan... ada dua perkara yang berlaku... pertama... saat Elyana ingin menghadiahkan ciuman kepada Khairul Azzam... cuba bayangkan kalau kita di tempat itu... adakah kita menerima cium itu? tepuk dada tanya iman wahai saudara... apa yang dilakukan Khairul Azzam adalah menolak pelawaan itu... kerana apa? atau atas sebab apa... kerana menerima ciuman itu musibah baginya... dan turut dijelaskan tentang kesucian diri serta batasan kita... perkara kedua... bermegah-megah... dengan kekayaan... seperti yang berlaku kepada Furqon... teman Azzam... akhirnya penyesalan kerana dikatakan mempunyai HIV... sehingga terpaksa melepaskan isteri tersayang... konklusinya... setinggi mana kita belajar... sekaya manapun kita di dunia... batasan dan berpada-padalah kita... kerana penyesalan tidak akan pernah hadir... diawal pelaksaan tetapi sentiasa hadir diakhir penceritaan...

Berfikir secara rasional... kenapa ditimbul isu ini... kerana Furqon yang sudah mempunyai master dlam pelajaran juga... tumpas kerana kejahilan nikmat pemberian tuhan... kenapa aku kata macam tu... bila otak diletak di kepala lutut dan akal tidak digunakan... maka huru-hara jadinya... jika Furqon... menggunakan otak dengan sebaik-baik pemberian... maka dia tidak perlu menggadaikan masjid yang telah dibina... logiknya... manusia ni lemah... cukup dengan mendengar...dan terus akur... faktornya... bila emosi mengawal minda semua perkara jadi xkena... sehinggakan seorang ustaz merasa malu akan kejadian menimpa anaknya yang dasarnya mempunyai latar belakang pendidikan agama yang tinggi...

last... tapi bukan pengakhiran... (huhuhuhu) jodoh, ajal dan maut ditangan Allah... orang kita banyak yang tahu hakikat... "kalau dah jodoh xkan kemana.." itu yang aku dapat saksikan melalui kehidupan Khairul Azzam... yang berkorban untuk keluarga... menerima musibah dengan redha... dan diuji dgn jalan cinta yang sentiasa berhalangan... akhirnya jodoh tetap bersama Anna... sekali lagi aku rasa relevennya... penggunaan "berakit-rakit ke hulu... berenang-renang ketepian... bersakit-sakit dahulu... bersenang-senang kemudian..."

Setiap masalah pasti ada jalannya jika kita yakin dan percaya bahawa Allah sentiasa bersama kita... ingatlah juga... sebesar mana ujian yang kita lalui... jika diharungi dengan tenang... maka sebuah kejayaan pasti menanti dipengakhiran perjuangan kita... dugaan itu tanda sayang Allah pada hamba-Nya... jgn mengeluh bila mendapat kesempitan... tetapi senyumlah... kerna Allah masih sayangkan kita melalui ujian-Nya... so... ni yang aku cerita kali ni...( aku peduli apa orang kata cerita aku dah basi... hahahaha) next... tggu kisah seterusnya... apa yang aku nak kongsi... sampai bertemu lagi...

Sunday, December 25, 2011

Rezeki Musim Buah... part 2

Assalammualaikum... wbt... dan salam membaca again...
kali ni memang meroyan skit... kakak dengan abang dok post gambar buah kat fb... apa lagi... sedih la skit... yelah... brapa tahun dah xbalik time musim buah... bila ada balik... buah yang berbuah... cuma 2 3 jenis je...




okay... ni buah Asam Kendung...
Buah ni... berguna kulit dab buahnya sekali... kulitnya akan dijemur ala-ala ikan masin mcm tu sehingga kering... dan boleh la disimpan untuk masakan... guna... sama macam penggunaan asam keping... boleh juga jadi ubat... ketika demam... rendamkan dalam air suam-suam panas... dan minum air tersebut... rasanya sedap sedikit darpada asam keping... isinya warna kuning ke orenan... antara dua warna tu la... rasanya manis... masam-masam skit... isinya boleh di jadikan jem... sedap kalau dimakan bersama biskut cream crackers...

Buah cempedak atau kita orang panggil temedak...


specialnya buah cempedak ni... isinya berwarna oren... dan manis sangat-sangat... kalau kebun yang lagi satu... warna kuning... antara buah yang xdihiraukan jika musim buah yang banyak macam ni... sebab fokus buah kat kebun Yam Island ni buah durian dan buah dabai...

ni gmbar longgokkan kat umah... yang kat bawah segar dari kebun..


dalam entry hari tu aku xletak gambar durian kan...nilah durian kitaorang...
dari gambar je aku dapat rasa bau buah durian tu... sedap sangat... serius... lagipun aku boleh kata... sapa-sapa yang xmakan durian tu... konfom akan penin kepala xsedap badan bagai... sebab bau buah kitaorang ni memang kuat...dan yang paling penting sedap... hahahaha


ni buah langsat... or duku or dokong...


ni buah manggis... kakak aku yang teruja sangat sampai buah masih hijau pun dia bedal...hahaha

ada lagi buah kat kebun tu yang aku xbagi tahu... kalau ada gambar aku post lagi k...
(dalam hati rasa frust ni... xleh nak balik kampung...) tunggu next entry k... (argh!) huhuhu

Saturday, December 24, 2011

Percubaan Pertama...

Assalammualaikum... dan salam membaca lagi...
gigih aku hari ni nak buat banyak cerita lak kan...
story aku petang ni mungkin sesuatu yang anda pernah alami...
mungkin juga pernah lakukan... dan mungkin juga anda yang menganjurkannya...



mesti korang pelikkan gambar ni... hahaha... ni gambar Puan Pengetua, Penolong Kanan HEM, cikgu Kaunseling dan membe-membe aku yang bersama-sama menjayakan Kem Kepimpinan Pengawas sesi 2011/2012... kem ni berlaku time bulan 7 tahun 2011... beberapa bulan sebelum ni la maksudnya... so berbalik kepada tajuk tadi... percubaan pertama apa? usahasama antara ex-students dengan pihak sekolah... sebelum ni pernah... tapi... hanya menjadi fasi sahaja...

banyak dugaan gaklah... bayangkan aku dok berurusan dengan pihak kaunseling sekolah guna email je... hantar kertas kerja... buat tentatif... perbincangan melalui email je.. noktah... so aku balik kampung... 2hari sebelum kem bermula... yelah...aku still blaja lagi... so sampai-sampai je kat umah... xsampai 1jam muka aku kat rumah... dah pergi hidupkan moto nak pergi sekolah... bincang secara detail sbelum kem bermula... sekali tentatif kena rombak balik daripada 3hari 2malam jadi 2hari 1malam... perghh... darah naik jugak la time tu... but... aku cool je... siapkan tentatif baru dengan cikgu kaunseling... time tu gak... malam aku buat meeting dengan membe-membe aku... bagi tentang perjalanan program... opsss... aku ni memilih orang yang aku ambil under aku... bukan apa... percubaan pertama... peluang keemasan untuk kita buktikan keupayaan kita... itu pun ada gak dugaan dengan AJK yang aku pilih... ada yang last minute tarik diri... aku marah kejap... tapi bila aku fikir-fikir balik... napa aku perlu marah kan... sedangkan aku yang perlukan khidmat diorang... so aku cool balik... fikirkan backup plan... strategi aku... setiap apa yang aku buat... always ada backup plan... sebab... malang tu xberbau... if berlaku sesuatu yang xdiingini berlaku... sekurang-kurangnya aku dah bersedia dengan plan kedua...

Hari Pertama Kem... untuk sebelah pagi... diaorang ada sesi ceramah yang berkaitan dengan pengawas... pagi tu... aku join diaorang... tapi diaorang xtahu aku kem Komandennya... hurm... diaorang cuma ingat aku fasi... sebab aku diperkenalkan sebagai fasi...actually aku collect data peserta sebagai persediaan untuk kem petang tu... so after solat jumaat kem dan sesi aku pun bermula... pada mulanya aku agak ralat... sebab... kemungkinan ada kem komanden untuk cikgu...(kem komanden wakil cikgulah maksudnya...) tapi dia cuma bagi pesanan aje... aku take over habis tu...


ni gambar ice breaking (pecah bentungan)...

masa ni aku biar je budak-budak gembira dulu... bila aku take action... janganlah sibuk nak halang aku... serius time ni aku akan main watak jahat... sebab aku dah stanby fasi untuk jadi watak baik untuk diaorang... so aku kekalkan watak tu sampai habis kem... time tu tuhan jelah tahu yang aku kena maki dalam hati budak-budak ni... yelah xda sapa berani nak tengok muka aku kot... hahaha... walhal badan kecik je... but banyak peristiwa menarik yang berlaku...dan aku sendiri blaja dari pengalaman ni dari junior-junior yang baru...



salah seorang peserta yang mencuit hati semua seisi kem tersebut... yelah... dia seorang yang menggunakan baju kemeja siap bertali leher sewaktu pendaftaran... lihat jelah gelagat gambar dia tu... itu belum lagi dia buka mulut... ada saja idea yang terlintas difikirannya... bahkan ada satu sesi debate antara kumpulan... dia menjadi perhatian... kerana gelagatnya dan ramai percaya dia akan melakukan sesuatu yang melucukan... jangkaan awal kami AJK tepat sekali... bahkan abang dia sendiri malu kerana sikap adiknya yang bersahaja itu...

aku berani pikul tanggungjawab sebagai ketua kem sebab aku tahu aku mampu dan yang paling penting orang yakin dengan kepimpinan aku... if salah satu kurang... maka aku xkan berani pikul tanggungjawab yang besar tu... terima kasih buat pihak sekolah kerana bagi ruang kat kitaorang... dan terima kasih gak kat team aku untuk edisi hari tu... tanpa diaorang... aku xkan dapat melunaskan kerja-kerja dengan mudah... apa yang penting kerjasama... sama macam sebatang lidi... kalau dipatahkan mudah saja... tapi kalau serumpun payah nak dipatahkan... sebab itu juga orang selalu kata... bersatu kita teguh bercerai kita roboh...(jangan pandai-pandai nak tuka ending roboh tu ye... hempok pala karang...hahaha)










Semangat sebegini yang kita harapkan... walaupun terpaksa meredah lumpur dan pelbagai lagi halangan... diakhirnya... satu senyuman kepuasan apabila dengan jayanya menamatkan semua halangan... satu kenangan manis buat aku... teman-teman... dan peserta-peserta Kem Kepimpinan Pengawas sesi 2011/2012... sekian dulu... bersambung dengan edisi kedua... Mac 2012... :) (semoga berjalan dengan lancar hendaknya...) tata...

inspirasi atau sindiran?

Assalammualaikum...dan salam membaca lagi...
kali ni cerita santai skit... tapi... akan jadi berat bila banyak fikir... huhuhu...

Mesti korang tahu pasal cerita ni kan...

okay... aku tengok dulu movie ni sebelum aku baca novelnya... dua-dua aku suka... tapi jika nak ambik feel lebih... baca novellah... sebab... perinciannya lebih... apa yang menariknya... some part dalam movie ni...( aku ambil movie je senang skit k... sebab xsmua orang suka baca novel...) ada skit berkaitan or ada skit perangai aku... (tapi bukan totally same...) FAHRI watak yang aku maksudkan... aha... jangan salah anggap lak... bukan aku nak kata yang aku ni alim segala bagai... aku kata tadi apa... ada bahagian yang sama macam hidup aku... bahagian mana... part yang dia pandang kat carta hala tuju... yang macam peta minda tu... yang last fokus kat kawen with tanda soal... apa yang jadi ingatan kat aku bila dia kol mak dia... dan maknya memberi restu dengan baik sekali walhal Fahri time tu rasa kesal kerna xdapat nak tunaikan hajat semua ibu-ibu... ayat yang buat aku jatuh cinta bila Fahri menjelaskan kepada ibunya dengan berkata: "maafkan Fahri... Fahri masih belum bisa menunaikan kewajiban... Fahri belum bisa menemui jodoh dari Allah..." serius time ni... aku lihat diri aku... sekalipun aku memaksa untuk bercinta... tetapi jika belum jodoh... maka aku akur...yakni aku yakin akan janji Allah... dan sesungguhnya... setiap manusia itu dijadikan berpasangan-pasangan... jika tidak didunia... di syurga InsyaAllah...

lagi...Aisya... jika aku diberikan pilihan memilih pasangan hidup... wanita seperti Aisya lah... tapi... melihat akan diri sendiri... apa aku layak mendampingi wanita solehah seperti itu? angan-angan aku terlalu tinggi... tetapi tanyalah kepada lelaki mana sekalipun... wanita apa yang ingin mereka nikahi? tentunya wanita solehah... walaupun mereka masih dalam kezaliman pada diri sendiri(maksud aku lelaki)... tapi aku terima walau apa sekalipun jodoh buat aku... jika dia hadir dalam hidupku tidak mengenakan tudung... maka aku akan berdoa... semoga hidayah dan cinta yang hadir antara kami... cinta yang ikhlas... cinta Allah... InsyaAllah pasti dia akan menjadi Aisya dalam hidupku...

kemudian bahagian seterusnya... taaruf... jika disebut taaruf... berapa ramai dalam kalangan generasi kita hari ini tahu akan taaruf? kurang... teramat kurang... walhal ini cara terbaik... bahkan taaruf ini buat aku sedar... yang aku xpernah rugi jika tidak ada "couple" kerna... perhubungan yang masih belum ada ikatan yang sah... jika tidak dijaga... mungkin akan mendatangkan musibah... biarlah taaruf menjadi pertemuan antara ikatan suci tanda kasih dari Allah buat kita hamba-Nya... part yang lain... jika diizinkan Allah... aku nak buat majlis akad nikah aku... macam Fahri tu... keliling air... hehehe(over x?) kalau diizinkan... hehehe...


macam dalam gambar ni...

last... part yang benar-benar menginsafkan... time Fahri duduk dalam lokap... time ni aku lihat ujian kesabaran yang kurasa bukan semua orang boleh tangani... bayangkan dari seorang yang kuat solatnya diuji seperti itu sehingga dia menangis dan mengganggu khusyuk solatnya... lalu seorang banduan mengingatkan tentang kisah Nabi Yusuf...dan tangisan dalam hati yang aku dapat rasa apabila si banduan menengking mengingatkan... bahawa Allah sedang berbicara dengan hamba-Nya... serius... aku memang terkesan dengan lakonan banduan itu... juga membuat aku sedar... jika hari ini kita kesempitan... tersenyumlah... dan janganlah kau tangisi kesempitan itu... sesungguhnya itu bukti cinta Allah buat kamu... jika kamu tabah dan sabar menahan kesempitan itu... InsyaAllah... Allah akan berikan seluas-luasnya kesenangan tanda ganjaran kepada yang sabar dan tabah...

so this what i got... from this story beside love moments... aku xtau lak korang dapat apa dari cerita ni... mungkin ada yang menghayati keayuan Aisya dan Maria sahaja... atau mungkin merasakan detik romantis babak-babak cinta... atau juga movie ni jadi tontonan "couple" yang hangat bercinta time tu... mungkin kerna itu tajuk filem ni "Ayat-Ayat Cinta"... bukan kerana ayat untuk bercinta... tetapi ayat yang membuatkan kita jatuh cinta... cinta kepada sesama manusia, cinta kepada tetangga, cinta kepada kedua-dua orang tua kita, dan yang terutama cinta kepada Allah Maha Pencipta... setakat ni dulu... nanti aku sambung dengan cerita yang seterusnya... take care...

Friday, December 23, 2011

Rezeki Musim Buah...

Assalammualaikum...wbt.. dan salam membaca... ahakz...
kali ni cerita aku berkisar tentang buah... sebab akak aku baru je kol pagi tadi... dia kata buah-buah dah mula masak... dan banyak juga penyamun yang berkunjung tiba... kisah penyamun ni memang keraplah kalau musim buah... daripada zaman datuk nenek aku dulu-dulu lagi...

Yam Island... atau Pulau Keladi... asalnya merupakan sebuah perkampungan untuk pelbagai kaum... kenapa aku kata untuk pelbagai kaum? sebab kat Yam Island ni ada bangsa Cina, Melanau, Melayu dan Dayak... so.. kebun..kitaorang ni berjiran la dengan bangsa-bangsa lain... ( jangan konfius dgn apa yang nak aku sampaikan la ni... mula-mula aku kata kampung then kebun plak...) ni cerita nya... kat Pulau Keladi tu kebun kitaorang...tetapi perkampungan bagi penduduk kat situ... tapi nenek memang jaga kebun tu... mak abah dok kat umah... nenek dgn atok dok kat kebun... mak dgn abah xrisau sangat... sebab penduduk area kebun ktaorang baik sangat... kenapa aku cakap macam tu... orang Cina kat sana bercucuk tanam sayur-sayuran... macam cili dan segala jenis sayurlah... so nenek aku beli cili RM1.00 (zaman dulu orang kata RM1.00 besar tau..) tapi orang Cina tu tolak... dia bagi kat nenek aku satu bakul besar cili.. free... bukan sebab apa... nenek aku ni lain skit... if korang datang ke kebun ktaorang... dia akan bagi buah yang elok je... kalau dia nampak buah tu kena tebuk sikit je... memang dia xkan bagi punya... sebab tu orang-orang Cina tempat kita orang senang dengan nenek... xkedekut... sama macam nenek gak.. (aku puji bukan sebab dia nenek aku...) tapi nenek aku garang sebenarnya... kalau bab bersedekah... insyaAllah gembira semua orang... opss cerita aku tersasar...


ni gambr jambatan buluh yang aku dengan abang aku buat...

gambar ke arah Pulau yang di maksudkan...


ni satu lagi...hehehe

bercerita pasal buah yang terdapat kat kebun aku ni... satu daripadany buah dabai...
buah ni ada kat Sarawak je... kalau ada tempat lain skalipun diimport dari Sarawak... macam di Sabah... tapi diaorang panggil buah ni lain.. tapi xsemua tahu... buah dabai ni kalau tengok... mesti orang akan kata buah ni berwarna hitam... tapi sebenarnya berwarna ungu... proses pertukaran warna... daripada putih... menjadi merah... kemudian beransur purple... dan menjadi purple yang gelap seakan-akan hitam... uniknya buah ini... hanya bahagian luar sahaja berwana hitam... tetapi isinya berwarma putih kekuningan... ada biji... terdapat pelbagai cara untuk makan buah ini... biasanya... buah ini akan direndam dgn air suam-suam panas...dan ditabur sedikit garam... namun... buah ini akan menjadi sedikit masam jika air yang digunakan untuk merendam terlalu panas... ada juga yang makan buah ini dicicah dgn kicap... juga boleh dibuat masak kicap... dan specialnya buah boleh dijadikan jeruk dabai masin... dan buah tersebut akan menjadi bahan utama dalam membuat nasi goreng dabai... ni buahnye...


ni gambar time baru diturunkan dari pokok... kalau makan time ni memang sedap... fresh...

rasa buah ni... manis sikit... dan bagi penduduk Sarawak diaorang akan kata "lemak" bagi dabai yang sedap... dalam erti kata lain... kenikmatan terasa dalam mulut macam tu la... harga kalau jual? harga boleh mencecah RM30/kg... bayangkan dalam satu pokok boleh dapat dalam 25kg... paling murah pun boleh jumpa RM20... tapi kalau terlalu banyak harga turun la... tapi dabai yang paling sedap dabai Sibu... jual la kat mana-mana... kalau orang dengar dabai Sibu... harga mahal pun orang sanggup beli... sebab orang tahu kualiti buahnya...

next buah koko... dulu kat kebun kitaorang ni banyak tanam koko dan getah...
tapi sekarang pokok getah memang dah xda dah... tapi pokok koko masih ada... ni kau tunjuk bagi yang xpernah tengok buah koko...




buah ni kalau kita belah akan nampak isi warna putih... tapi xtebal... mcam kapas melekat pada biji... biji buah ni kita akan jemur... dan jual... koko sebenarnya dihasilkan dari biji buah ni... time aku kecil dulu lagi best... abah dok bawa berguni-guni buah koko ni... so kitaorang adik-beradik dok makan dan kupas kulit buah ni...dah macam pesta.. yelah kalau buat kerja ramai-ramai memang la seronok...lagipun buah ni untuk dijemur keesokkan harinya... kalau dah kering boleh la dijual...

kemudian ada buah durian... macam yang aku cerita hari tu la... buah durian kitaorang byk jenis... ada yang isinya kaler putih, ada yang kaler putih kuning skit dan yang kuning sangat pun ada... yang isi putih ni... rasanya manis sangat... kalau jatuh xbuat jaring konfom pecah... ada dua jenis... satu kitaorg panggil durian kapas... dan satu lagi durian duit... untuk isi yang sederhana kuning tu... ada byk nama.. ada durian muncung... ada durian parit... ada durian kapal... byk la... tapi kegemaran orang cina kat tempat aku tu... durian belimbing, dan durian kuning isinya tebal... dan berwarna kuning terang... aku pernah jual sebijik buah tu RM50... besar buah tu lebih kurang besar bola keranjangan yang original punya... bukan yang RM12 tu...
soe yang ni xda gambar..huhuhu

buah langsat dan duku... bagi sesiapa yang xberkebun or berniaga buah-buahan... mungkin xtau perbezaan buah ni... apa bezanya? jangan ada yang kata beza dari segi ejaan sudah... langsat... kulitnya nipis berbanding duku... dan rasa duku lebih manis berbanding langsat... satu lagi perbezaan antara dua buah ni... pada tangkainya... duku buahnya rapat skit... tapi langsat dia jarak-jarak skit... aku kurang pasti kalau korang tau xpasal buah rambai... buah dia almost same like duku dan langsat... tapi kulitnya kenyal... isinya lembut...

selain dari buah tu... kat kebun aku ada buah manggis... buah ni asalnya kitaorang memang xjual lansung...sampailah... ada satu dua tahun macam tu harga durian jatuh teruk sangat... sampai harga sebiji 50sen... buah memang elok... so kalau nak fight pun xkan berjaya... so kitaorang makan sendiri je... lagipun durian kitaorang kurang time tu... so aku jual buah manggis... RM 2/kg kira murahlah tu... yelah buah xpernah dijual tetiba jual... aku malas nak ikut sangat harga pasaran time tu... lagipun aku jual kat kampung... bagi murah skit... biar org kampung rasa... mula-mula aku ikat... last-last bila dah ramai sangat... aku timbang 1kg lebih skit letak dlam plastik je...

rasa macam xbest plak cerita tapi xda gambarkan... hurm... yelah.. kalau aku ada kat kampung time ni senang skit nak ambil gambar... sebab ada buah yang korang xpenah nampak pun... dan ada yang korang xpernah terfikir pun buah tu boleh di makan... kira bersambunglah ye... if aku dapat gambar aku sambung balik cerita pasal buah-buah ni k... hehehe... :)

Thursday, December 22, 2011

Bicara Si "dia"

Assalamualaikum... dan salam pembacaan...(hahaha)
orait... ni nak cerita pasal seseorang... tapi bukan tentang diri dia... ni cuma tentang statement dia... aku suka... apa yang aku suka? aku suka dia... aku suka apa yang dia tulis... dan aku suka benda yang terjadi dalam 'statement' dia... ni hah... apa yang dia letak:

"I Start to forget you & then someone mention your name or something smells like you or someone has your smile...and I loss all the progress that I've made..."

serius... benda ni terjadi gak kat aku... benda terjadi tanpa aku paksa... macam kebanyakan orang apabila nak melupakan sesuatu "mereka cuba" itu silapnya... kenapa perlu cuba untuk melupakan? diakhir sebuah cubaan meraka akan kata... " semakin aku cuba melupakan semakin terasa dekat dia denganku" see... sebab itulah orang dulu-dulu kata... jangan terlalu benci nanti terlalu sayang jugak... tetapi berbeza dengan "statement" tadi... kerana dia melakukan dengan rela... tanpa paksaan... benda ni pun kerap kali berlaku dengan aku... so aku biarkan... seperti orang-orang kebanyakan kata... kalau dah jodoh xkan ke mana-mana... hahaha... so aku xpegang sangat benda tu... sebab aku pegang prinsip ini... " jika dia bukan jodohku... maka aku harus yakin bahawa Allah sedang mengaturkan aku dengan jodoh yang lebih baik..." hehehe... so sekarang ni aku cuma tersenyum... if perkara yang sama lagi berlaku kat aku... hehehe... hidup biar +ve hahaha...

ok... story aku kali ni pendek skit... sebab xlarat al-maklumlah setelah berlaku pemikiran yang berat... otak pun jadi tepu... hahaha... jumpa next time k... "kurangkan manisan dalam minuman tetapi tambahkan manisan dalam senyuman barulah nampak sebuah keikhlasan..."

Wednesday, December 14, 2011

Kerjaya dan Pengalaman

Assalammualaikum... dan salam membaca...
story kali nak cerita pasal kerjaya yang dah aku ceburi...
opsss... dalam erti kata lain... kerja-kerja yang penah aku buat sepanjang usia aku ni... banyak jugak kerja aku pernah buat... dan setiap satu daripadanya ada kenangan hitam... ada juga kenangan manisnya... seriusly... dari bekerja aku belajar macam-macam benda...
kerja pertama aku dulu-dulu... penjual buah-buah... syukur alhamdulillah... ada kebun buah-buah... so setiap kali musim buah... akulah tauke buah... hahaha... gigih nih memanggil pelanggan... tapi aku meniaga depan rumah je... tapi bkn hari-hari... tengok musim... if musim buah cempedak... buah cempedaklah yang aku jual... xkan buah strawberry plak... hahaha... syukur berkat kesabaran berniaga tu kena ada... selama aku berniaga buah ni... semua berjaya dijual habis... aku anggap itu rezeki...(mungkin orang kesiankat aku ada gak kot... tapi orang tau buah yang kita orang jual baik punya! huhu )

Pengalaman kedua bekerja... menjual nasi lemak dengan sticker... ni zaman sekolah rendah... time tu aku... kakak dan abangku jual nasi lemak... kita orang jual 50sen je sebungkus... zaman ni nak buat tabungan sendiri... abang paling banyak yang tempah... aku biasa akan kurang 2... 3 orang macam tu... akak aku paling sikit... hahaha... biasa yang beli bestfren dia je... permulaan kita orang guna surat khabar lama dan daun pisang... sebagai pembalutnya... habis semua daun pisang... dah xnampak daun dah... terpaksa guna plastik plak... satu cara kita orang cuba... puaskan semua kehendak pelangan kita orang... macam kawan-kawan abangku... dia orang kalau boleh nak nasi lemak di bungkus dengan surat khabar dan daun pisang... jual sticker ni bermula time kakak aku (anak kedua merangkap anak perempuan kedua jugak dalam keluarga... huhuhu) mula membeli majalah... majalah pasal artis luar negara... aku lupa plak nama majalah tu... majalah ni setiap edisinya pasti akan bagi sticker artis, poster dan kadang-kadang ada barang extra macam dompet ke... cd ke... macam-macam la... kat sekolah budak-budak jual sticker karton... tapi aku jual sticker artis... hehehe... kadang-kadang laku... kadang-kadang x... mana xnya... umur time tu darjah 5 kalau x silap... manalah budak-budak kenal artis luar negara... kalau kenal sebab tengok tv je... zaman tu xbanyak yang guna komputer...jadi info pasal artis kureng skit... huhuhu... (arghh... lebih pulak... cerita pasal kerja tapi dah lari plak... hahaha...)

Next... ingat time abis SPM nak masuk University... tapi rezeki kurang skit... mohon maktab pun xberjaya... time ni aku lansung xda fikir nak kerja... sebab aku dah diracuni dengan pemikiran aku yang menetapkan bekerja bukan atas sijil SPM tapi atas daripada tu... so aku dapat sambung tingkatan 6...yang sebenarnya aku tolak time aku SPM dulu... (al-kisah benda ni next time aku cerita... huhuhu) aku teruskan tingkatan 6 sampai abis... sebelah malam aku kerja... kerja rumah biasa aku buat time tengah malam balik kerja... (paham-pahamlah ye kalau xsiap) hahahaha... kalau rajin aku buat time petang...(kalau... biasanya xrajin... hahahaha) kerja apa? hurm... kerja kat gerai makanan... kerja aku... ambil pesanan, siapkan pesanan, hantar pesanan, bersihkan meja dan cuci pinggan... pengalaman kerja gerai makan ni aku jumpa banyak ragam manusia... kena sangat la dengan aku yang jenis memerhati ni... kadang-kadang aku senyum tengok gelagat diorang... ada gak yang bikin panas! berlagak sebab ada duit... tapi aku maintain senyum je... (pelangan selalu betul... kalau bos dah fikir macam tu kena fikir positive gak la...) kerja ni memang kena sabar... terutama bila pelanggan xpuas hati... masa ni bos memang lari la... pekerja gak yang kena tebalkan muka dok mengadap pelanggan... hahaha aku curi-curi belajar gak menu-menu yang dibuat... kira tambah skill masak la... huhuhu menjelang STPM... aku berhenti... nak fokus belajar... huhuhu

Habis STPM... aku berniaga kat depan rumah gak... tapi kali ni buat dua sesi... awal pagi dan petang... ni projek gila... hahaha idea berniaga pagi... idea abangku...dan aku berniaga petang... pagi jual pau inti sayur... dengan karipap... tapi sesi pagi ni xlama... aku teruskan berniaga goreng pisang... dengan rojak petis... siap buat cat meja dan lukis segala bagai... promosi katanya... huhuhu... aku jual 10sen untuk goreng pisang... RM 1.00 untuk rojak... alhamdulillah... berniaga ni banyak juga yang aku belajar... kalau goreng pisang xberapa nak jual... rojak pasti akan cover... kalau dua-dua abis... lagi seronok... masyuk... berniaga time tu masih mengekalkan konsep memuaskan hati pelanggan... macam rojak... ada permintaan nak kacang lebih... ada yang xnak nanas... ada yang nak rojak... tapi bahannya cuma goreng pisang... ada yang nak pedas... ada yang xnak... smua aku buat... alhamdulillah setakat aku berniaga xda lagi nk guna minyak tarik pelanggan ka apa... pernah ada orang tawarkan kat aku... tapi aku tolak... aku xberminat dengan semua tu... lagipun aku ada pelanggan sendiri... sampaikan makcik yang buka gerai makan pun dok tanya abangku... bila aku nak buka bisnes balik... walhal kat depan rumah makcik tu ada yang berjual rojak gak... hahaha makcik tu pun jual rojak gak... (alah... biasalah nak tengok sapa buat sedap lagi la tu... hahaha) aku close berniaga sebab dapat kerja kerajaan time tu...

Alhamdulillah...kalau kita berniaga sambil bersedekah... insyaAllah ada ganjarannya... aku dapat kerja Pembanci... under Jabatan Perangkaan Malaysia... kontrak 3 bulan... sekali lagi aku berdepan dengan ragam manusia... ada beri kerjasama... ada yang memang xmembantu lansung... serius... menguji tahap kesabaran... dengan pergi ke lokasi guna motosikal... berpanas... berhujan... sampaikan ada sekali tu... hujan lebat... naik bukit... kena pulak baju jalan jenis licin kalau kena air... hampir-hampir terjatuh dalam gaung... ngeri gila... apa yang aku risau time tu nyawa membe aku... kalau mati anak orang ... apa aku nak jawab dengan mak bapak dia... syukur alhamdulillah... kita orang selamat... seronok gak la kerja ni... tapi kena sabarlah... kalau x.. masak la jawabnya... hahaha...

Rezeki aku bertambah... bila aku jadi cikgu sandaran... 6 bulan... serius ni memang pengalaman yang manis sangat... mana xnya... aku duduk kat kampung... mengajar dekat sekolah aku sendiri... lagi la... bayangkan aku naik motosikal... lalu kampung... anak murid dok jerit-jerit nama aku... naik segan ada gak...( tapi motivasi untuk aku... jangan buat pasal... jaga nama baik seorang cikgu... cikgu kan contoh... so kena berkelakuan baiklah...) biasanya kerja-kerja aku sebelum ni banyak guna fizikal... tapi kali ni kena guna mental... kena banyak berfikir... macam mana nak buat budak-budak faham... dari yang xreti mengeja kepada boleh membaca... dan menulis dengan kemas... pemahaman yang dalam... time jadi cikgu ni... aku mesti tidur bila balik rumah sebelum pergi sekolah untuk aktiviti petang... time jadi cikgu ni gak baru aku tau nape cikgu selalu pening kepala... hahaha... pengalaman kena kejar dengan budak-budak satu dewan memang gila la... semua pakat nak minta duit raya daripada aku... aku dahla xda gaji lagi... 3bulan kerja baru dapat gaji... last-last aku masuk bilik guru... baru xda yang kejar... tapi ada gak yang merayu-rayu... siap buat tawar menawar ni... daripada RM1 turun kepada 50sen turun kepada 20sen turun lagi kepada 10sen... hahaha lucu... (aku xbagi gak... kalau bagi... mampus.. gaji xmasuk lagi... xkan aku nak sorang je... yang lain mesti nak gak...) aku mengajar banyak subjek... bahasa melayu, matematik, kajian tempatan, pendidikan jasmani dan kesihatan, pendidikan sivik dan kenegaraan, pendidikan seni, dan kemahiran hidup. aku ada mengajar adik membe aku gak... serius... kat situ pecah tembelang... aku jadi cikgu... kalau seorang xpe... ni lebih daripada seorang... hahaha... aku xsambung mengajar lagi... sebab aku sambung study...

Blaja xabis lagi... aku buat part time keja kat pizza Hut... aku kerja bahagian dapur... bahagian buat pizza dan cuci-cuci... tapi xlama.. sebab aku xda transpot nak balik... kena plak aku guna KTM pergi kerja... balik pukul 12mlm... KTM pun dah xda lagi jam tu... mula-mula aku tido kat stesen KTM... tapi perangai pekerja KTM tu macam sial je... dok sindir-sindir aku... mula-mula aku senyum je... tapi mana tahan... bukan sorang dok sindir aku... boleh dikatakan smua staff malam tu dok ejek aku... bukan aku minta pun nak dok tido kat situ... dah xda pilih kot... so next day... aku jalan kaki dari Kajang ke stesen UKM... perjalanan mengambil masa 2jam... kena kejar dengan xyah cerita la... anjing tinggi paras pinggang dok kejar... memang dah gigit aku... (aku ingat pesan orang... kalau jumpa anjing jgn lari... cool je... jalan macam biasa) aku siap maki anjing tu pulak... time tu neves gila... tapi alhamdulillah... bila kita yakin Allah ada bersama kita semuanya akan selamat... tu belum anjing dok seru sekumpulan anjing pergi serbu aku lagi... tu memang cuak... time tu tawakal je... (satu lagi tips... jumpa anjing... buat-buat ambil barang macam nak baling... anjing tu akan cuak... or bekal batu... kalau xpun stanby botol air... lari lah anjing tu...) pengalaman kerja la tu...

Selain tu... aku kerja jaga budak-budak exam pun ada gak... kerja mudah je... kerjanya menolong lecturer siapkan bilik exam... tapi... aku xbleh ambil paper jawapan diaorang... tu tugas lecturer... kalau aku ambil xpasal-pasal kalau ada masalah aku yang akan kena saman... pengalaman kerja ni lucu skit... yelah... pelbagai cara budak-budak meniru dalam bilik exam tu... hahaha... dengan yang nak pergi kencing lagi... haa... itu salah satu dari kerja penjaga exam ni... kalau ada budak nak kencing... kitalah yang kena bawa diorang gi tandas tu... kadang-kadang...baru je masuk kelas... xsampai 2saat... dah ada yang nak pergi tandas... hahaha... kerja ni kontrak gak... abis kontrak... aku kerja isi data... ni company mat salleh... serius gaji dapat setiap hari jumaat... dapat RM200 lebih la... kerja ikut jam... 1jam RM10... kalau guna laptop sendiri RM 11/jam... yang ni masyuk juga... tapi kontrak dah abis...
Aku pernah kerja kat kilang Panasonic... buat aircond... kerja aku tukang check... if ada kekurangan... aku yang akan reject barang tu... kerja aku berat... walaupun check je... tapi proses antara proses-proses terakhir pemasangan... kalau silap pasang... boleh meletup... keja kilang... aku boleh katakan kerja orang kaya... sebab... life kerja kilang... duit banyak safe... boleh dikatakan kebanyakan pekerja kilang guna handphone mahal... hanya nak tengok video dan dengar lagu... normally diaorang ada 2handphone... walaupun gaji RM 1300 mcm tu... (ni company lain... gaji aku kecik daripada ni) barangan diaorang mahal... mana xnye... kerja paling sedikit 5hari seminggu... ada yang 7hari semggu... mana ada masa nak shopping... so duit diaorang banyak la terkumpul... tapi... bila dah cuti tu... mmg dah xingat dunia dah... abis smua duit... hahaha... yang paling best time dah dapat gaji... kalau satu line ada 4 proses xtermasuk packing la... kalau kena time gaji je... mesti separuh daripada tiap-tiap proses tu xda staff... yang paling teruk... bahagian aku paling kurang ada 12 orang macam tu... sekali kena time gaji... tinggal 5 orang je... bos dah geleng kepala dah... hahaha tapi line kena jalan gak... xpasal2 budak nepal dengan bangla kena kerja 24jam... hahaha...

fuhh... agak panjang story aku kali ni kan... tapi apa yang aku blajar dar setiap kerja yang aku buat... harus ada perasaan sabar... dua... kena buat kerja dengan hati yang ikhlas... tiga... jangan kuat mengeluh... kerana rezeki kurang untuk orang yang mengeluh... dan xberkat duit gaji dengan hasil keluhan... empat... sekalipun sibuk bekerja... try seimbangkan dunia dan akhirat... kerna kita xtau bila nyawa akan ditarik... dan terakhir... sentiasa bersyukur dengan rezeki yang kita dapat... moga Allah melimpahi kita dengan rezeki yang lebih lagi... sekian dulu untuk coretan aku kali ni... gambar-gambar kat atas semua aku curi daripada orang serba tahu... si "Google"... hahaha...

Thursday, December 8, 2011

Dunia... Perasaan... Pendapat... Keinginan... Idea...

Salam... nak story skit pasal 5 perkara di atas... tentang aku...

Dunia...
-dunia aku dengan yang lain berbeda sedikit... sebab dunia aku... hanya ada 1... yang mana aku akan jaga dari setiap akar umbinya... macam aku...walau apapun yang terjadi IF aku kata or anggap seseorg tu kawan... dia tetap kawan aku dunia akhirat... lagi? hiburan... orang mcm aku... hiburan ada dimana-mana... pelaksanaan senang dan mudah... tidak seperti sesetengah orang... hiburan... tertumpu kepada 1 motif atau konsep... (aku nak tulis word yang betul aku xtau nak eja... hahahaha) lagi?? aku ni... dulunya gila sangat kenakan orang... tapi cara sekarang... guna bahasa kiasan... (Double meaning! I hate if I know the meaning! but... I love to use it! hehehe) lagi??? cara hidup... ahakz... aku jenis beringat skit... orang tua-tua kata..." kalau xda duit buat cara xda duit... jangan belagak macam orang yang berduit..." so... aku akan mengelak daripada kejadian seperti itu... dalam erti kata lain... jangan enjoy guna duit daripada mak bapak... sebab... mak bapak bagi duit tu... untuk tampung perbelanjaan... beli buku... untuk belajar... kalau nak enjoy gak... guna duit gaji sendiri... baru puas... tapi... beringat-ingatla skit... kang membazir plak... xpasal-pasal poket berlubang karang... poket kosong xpe... boleh di isi... poket berlubang payah tu...

Perasaan...
eleh... xmalu la tu... asal cerita pasal perasaan mula ingat cerita cinta la tu... hahaha (gelak macam johan jap... ) aku ni jenis yang tau akan perasaan orang... tapi malangnya... aku xtau perasaan orang kat aku... (korang paham xmaksud aku?) macam ni... bila aku tengok orang ni... aku tau dia sedih ke... dalam ati ada taman ke... but... aku xdpt baca if ada yang memerhati aku (dalam erti kata lain... memandang penuh pengertian... dengan hati dup... dap...dup... dap [ni bukan dangdut k...aku belasah gak kang...] ) endingnya... dia bukan milik aku... hahaha... so bila hari-hari belajar mengerti cara hidup dan perasaan manusia ni... aku mula ubah cara aku menegur... cara aku bergurau... cara aku kenakan orang... dengan kiasan... bukan seperti selalu dengan berterus-terang... manusia keliling aku... serius... selalu nak aku berterus-terang tapi akhirnya makan hati... bukan nk fikir +ve kritikan...(orang kata gak... kalau nak kritik orang... diri sendiri kena tahan kritik... ni dak... dia je yang bleh kritik... bila orang kritik marah...) asbab itu aku ni memilih untuk guna kiasan... dengan 2 hasrat dalam satu perkara... yang pertama menjaga hati orang tu... (bila guna bahasa kiasan...dia akan gelak je bila xfaham... tapi bila dia faham... dia akan senyum dan mungkin jugak akan marah... tapi percayalah marah tu xlama...) yang kedua... sindiran... adalah cara terbaik nak menegur manusia egois... (asbab... manusia egois ni banyak berfikir... dalam masa yang sama akan mengakui kesalahannya... tapi xmengakui... namun... perubahan ketara pada langkah kedua perjalanan hidupnya...)... so kalau ada yang tertanya-tanya kenapa dan mengapa aku suka berkias...nilah faktornya...

Pendapat...
sejak dari azali lagi... manusia dicipta punyai kelebihan dan juga kekurangan... begitu juga dengan pendapat... (bak kata orang... lain padang lain belalangnya...) so... aku akan memilih untuk bertanya pendapat orang tentang sesuatu perkara yang mungkin berbeda dari pendapat aku... tapi malangnya...dan sayangnya... orang-orang sekeliling aku ni... dah xfikir benda-benda remeh macam aku... tapi... awas... if jumpa pendapat yang gila kentang...perghh... serius menangis senyum... bercanggah pendapat tu biasalah... teringat zaman baru abis SPM... dalam pertengahan tahun... dah nak masuk tingkatan 6 time tu... aku dengan member aku berbincang nak buat aktiviti harta karun bagai... berbincang sampai bertekak gila... dah macam orang nak berbunuh je... tapi after beri penjelasan tentang kenapa dan mengapa... +ve dan -ve if lakukan benda tu... barulah semua sepakat... dan hasilnya... terbaik...

Keinginan...
setiap daripada kita punya keinginan tersendiri... macam aku... aku ingin sentiasa menjaga hubungan baik antara aku dengan keluarga aku... aku dan teman-temanku dan semualah yang berada disekelilingku... dan setiap hariku... memikirkan apa yang harus aku lakukan untuk menjadikan kegembiraan kepada mereka-mereka ini... apa yang aku harus lakukan supaya perhubungan kami tidak terhenti... apa kenangan terindah untuk kami ingati... itu keinginanku... bukan semata-mata kata... tapi biar jadi nyata... tapi ramai menganggap usaha murni ini satu helah... bagi meraih nama pangkat dan darjat... Wow... jika anda berfikiran seperti itu... ternyata anda belom mengenali diri ini... so... next... aku dah ready dengan aktiviti yang melibatkan membe-membe aku... edisi kedua... (hope... segalanya berjalan dengan lancar...)

Idea...
idea... kurang pulak idea nak menulis nih... hahaha... ni bercerita pasal idea... huh... idea memang tinggi menggunung... tapi...dalam banyak-banyak idea tu...brapa byka yang berjaya dilaksanakan? aku berani cakap macam ni bukan sebab apa... aku sendiri macam tu gak... nak buat nilah... nak buat itulah... tapi... hasilnya? erm... hampeh... lansung xda... so aku ubah... apa yang aku rancang dulu aku masih simpan... tapi akhir-akhir ni aku cuba laksanakan...alhamdulillah... sikit demi sikit hasrat lama terlaksana... pasal idea juga aku kena maki... hahaha... al-kisahnya... aku ni menegur... ada sorang kawan ni bagi idea nak buat aktiviti... so... dalam kerancakan bercerita aku mencelah... bertanya dah ada ajk ke yang nak buat event tu? sapa yang terlibat... so sorang ni plak jawab... sapa2 la... huh... aku pun kritik la skit... sbb diorang semangat gile macam dah nk buat betul-betul tu... kira aku terujalah dengan perbincangan yang diorang buat tu... so aku pun kata... "hebat! xda ajk pelaksana... tapi tema dan olahan event meriah..." so... jadilah cerita... makan hati dengan dengan statement aku... siap kata "itu bukan hebat...itu idea..." (dalam masa yang sama tiba-tiba timbul peribahasa ni... siapa makan cili dialah yang terasa pedas...) bagi aku cara dia lagi keji... atau sekadar mencari publisiti murahan... buat statement pada lain isu... if berada dipaksi yang benar kenapa nak lari... abis tu... orang lain yang xtau cerita... dok salahkan aku... semua tunding jari kat aku... so masa tu aku balas dengan cara yang sama... aku buat statement baru... yang peliknya... ada gak batu api... siapa dok hasut membe lain soh benci aku... manusia bila dah cetek otaknya... macam tu la... niat aku... nak ingatkan je... sebab aku penah gak dulu... bg idea bagai... tapi xda pelaksanaan terkubur macam tu je... so aku blajar dari kesilapan tu... seriusly... if aku nak buat event... aku memang xnak la ambil diorang nih jadi ajk... potensi tinggi diorang ni xleh trima kalau idea diorang xdi guna pakai... serius! hahaha so aku biasanya akan memilih ajk yang lasak kena maki... idea lebih dari aku... ada berhati-hati... tapi awas dengan manusia yang idea menggunung sangat... sbb diorang sendiri pun xda keberanian nk buat perkara tu... (apa orang kata... cakap xserupa bikin...) skang ni pun tengah dok cari-cari idea nak buat event anjuran sekolah... dan mega event end of 2012...

Holistiknya...
aku senang diajak berbicara... aku juga senang diajak berkerjasama... tapi... jangan penah menikam dari belakang... kerna aku yakin anda akan sakit bila terkena perkara yang sama... huhu cukup dulu untuk edisi kali ni....( laptop aku dah buat hal... aku dah xnampak apa yang aku tulis... nak kena tuka lcd baru... melayang lagi duit aku...)

Tuesday, December 6, 2011

Kisah Lama...

Assalamuaalaikum... wbt...
Apa cerita hari ini... ni pasal kes semalam... dok belek-belek harta benda aku semalam... lama dah tak di usik... habis semua berdebu... dalam proses mengemas... so aku baca sedikit la apa yang aku tulis... bermula dengan nota-nota kuliah...

abis tu dengan nota-nota lagu ketika aku sayu dan mencari ilhamku...



ha... pasal nota lagu... dan jenis-jenis lagu yang aku suka... NEXT time aku cerita... buka tu je yang aku dok sibuk kemaskan... ada gak contengan pada cebisan-cebisan kecil... ada cartoon yang aku lukis... alien yang aku lukis...termasuklah segala matlamat dalam hidup aku... mana aku nak pergi... apa aku nak jadi... apa yang aku buat abis blaja... bnyak benda la aku tulis...
isu pasal matlamat hidup dan segala bagai tu... lain kali aku post k...

















so abis je baca benda-benda alah tu... sambung balik mengemas... skali aku terpandang dan terbaca... (apa benda?)... cerita kisah silam dah... (punya la panjang aku punya permulaan tadi kan... ni baru nak mula cerita pasal tajuk tadi... hahaha) cerpen pendek yang aku buat... (second edition punya... 1st edition xtau kat mana... entah ada ntah kan tidak... al-maklumlah yang 1st tu kat kampung... so xtau wujud lagi ke x...) cerpen pendek ni aku buat time dok kat Bangi... malam-malam bosan so aku mula menulis... melukis... buat origami dan macam-macam la...(time tu aku xda laptop lagi... layan manual la nampaknya... hahaha ) cerpen-cerpen yang aku tulis... smua berkaitan dengan hidup aku... tapi aku tukar la nama skit... bagi cantik dan coverline punya story... (kalau sebut pasal coverline paham-paham jelah... adalah love story kat situ...) bila aku baca balik... nak gelak pun ada... senyum sorang-sorang pun ada... hati berbunga-bunga pun ada... tapi tu kisah la... cerpen tu pun aku xhabis tulis... sebab... aku tertido... dengan harapan malam keesokan harinya aku akan menyambung semula... tapi... assignment pulak yang banyak... last2... cerpen aku jadi separuh jalan... nanti kalau ada masa aku post aku punya cerpen k... tapi bukan dalam masa terdekat la kot... (cerita pasal hati ada taman malu... tapi... next time k... sapa manusia malang tu... hahaha)
so kisah silam nak aku cerita bukan la pasal silam aku yang teramat... tapi more on cerita kisah semalam la... plus ada flashback cerita skit... hahaha... so cukuplah untuk kali ni... kang aku post lagi... noktah... :)