cobaan

Monday, August 6, 2012

Ramadhan mengusikku...

Assalammualaikum wbt … Ramadhan membawa kesayuan yang teramat bagi diriku… melihat pada Rejab… hati ini juga sayu mengenang ayahanda… tiba Syaaban… hati makin sayu terasa… mengenang Ramadhan airmata mula jatuh berguguran… adakah ini Ramadhan terakhirku? Mengingati Ayahanda…ku berdoa agar senantiasa sihat hendaknya… ada yang berkata… mengapa tidak dibuat sahaja panggilan kepadanya… namun hati ini rapuh dan tidak kukuh… aku takut… curahan airmata dan tangisanku jadi perantara perbualan kami… melihat kondisi ayahanda yang semakin susut badannya… mengingatkan aku bertapa gigihnya usahanya memberi kami sekeluarga makan… mengenangnya kembali… adakah aku mampu melaksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang anak dengan jayanya… harapan segulung ijazah… Mengalir airmataku mengingati kembali… pertanyaan ayahanda semasa cuti semesterku… dia bertanya sama ada aku mempunyai wang atau tidak kerana dia ingin berbelanja… malangnya aku hanya mampu terdiam… semahunya… ingin saja aku mengalirkan airmata… apakah aku tegar menjawab pertanyaan itu dengan menjawab TIDAK… atau dengan pantas memberi alas an tiada wang untuknya? Aku tidak berdaya menjawab soalan itu… kerana aku tahu… seumur hidupku… tiada pernah ayahanda menjawab TIDAK kepadaku… malah dia sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan aku… walaupun hakikatnya dia tiada wang… namun jawapannya… nanti ayahanda usahakan…. Jika situasi ini… adakah sanggup untuk anda menjawab TIDAK? Sebak di hati tatkala berbicara bersama ayahanda… sering kali… pertanyaan bila dikhabarkan aku akan pulang dan terus menetap di kampong halaman… aku hanya mampu meminta doanya agar proses ijazahku dipermudahkan… apa yang membuat aku sayu… saat ayahanda meminta aku mempercepatkan ijazahku dan balik segera ke kampong halaman… dengan alasan dia sudah meningkat tua… hati ini remuk… hancur mengenangkan… apa yang mampu aku ucapkan hanyalah meminta doa restu daripada ayahanda agar segala urusanku dipermudahkan Allah… Semoga Ramadhan ini menjadi saksi… dan mendatangkan satu rahmat juga keberkatan supaya aku menjadi orang yang lebih tabah serta sabar… mudah-mudahan permintaan Ramadhanku didengari dan dimakbulkan Allah…