cobaan

Monday, March 26, 2012

Retak Menunggu Pecah...

Assalammualaikum wbt... dan salam tantapan...
percaya atau menafikan... mana pilihan aku? namun aku masih tiada daya... sesungguhnya berterus-terang itu memang mudah... bahkn berkata-kata itu juga mudah... sejujurnya... aku malu... aku seolah-olah seperti telur yang berada di hujung tanduk... menunggu pecah kerana gugur ataupun pecah kerana hujung tanduk itu...

mahu saja aku pecahkan empangan biar banjir seluruhnya... namun... hati kerdil ini juga memikirkan mereka sekitarnya... selalu juga jadi omongan... tentang kebenaran... yakni hakikat sebenar amat pedih...

aku manusia... sampai bilakah aku mampu menahan smua ini? sekalipun aku bisa bertahan... mungkin ada khabar-khabar menjengah di bibit telinga mereka... aku? khuathir, bimbang, resah, gundah.. dan seanteronya... tempiasnya memang daripada dulu telah ku rasa... cuma perlu bukti... bahkan aku sudah punya bukti... tapi... langkah aku matikan... kerana aku takut... tindakanku akan menjadi sesuatu yang mengakibatkan ramai yang terluka...

dahulu... aku ditegah... walaupun hakikat aku membela... kerana amanah... ku turutkan dan akur dengan tegahan... tapi... sekarang... adakah dia memikirkan tentang orang yang memberi amanah? kerana katanya dulu... tindakan aku akan buat orang yang memberi amanah sedih... dan bingung hendak menjawab apa tentang aku... cuba lihat sekarang... adakah si pemberi amanah akan tangisi?

bukan sekarang masanya aku mengalah... kerna masih ada yang mengharapkan aku pulang membawa sinar perubahan... aku berdoa agar Allah tetapkan imanku... bahkan permudahkan segala urusan... mudah-mudahan akhir dugaan ini menjadikan aku lebih kuat...

aku benar-benar tiada daya... selain membenci dihati atas kelemahan ini... kerna aku tiada daya dgn fizikal, tidak kuat juga untuk berkata... maka aku memilih membenci d dalam hati... yakni selemah-lemah tindakanku... semoga Allah turunkan hidayah... moga diberkati semuanya... sekian.... (mungkin aku akan menyepi seketika...)
Wasalam...(mode:insanhinatiadadaya)

No comments: