cobaan

Sunday, January 19, 2014

dilamar lagi...

Assalammualaikum...wbt... salam membaca... dilamar lagi... tentu ada dalam kalangan kita berpikir mungkin saatnya mengikat seseorang dengan ijab kabul atau menikah... namun sebenarnya.. sekali lagi aku dilamar untuk menggalas tugas sebagai seorang pendidik... sebelum ini pernah ditawarkan... namun mentaliti berdepan dengan tuntutan kerja itu masih belum bersedia... kerana pengalaman sebelum ini mengajar pahit manis tuntutan tersebut... Lamaran kali agar sukar... kerana mungkin faktor usia anak murid yang bakal didik... namun usaha menolak tidak berhasil... kerana harapan dan keyakinan ayah serta ibunya... anak kecil yang bakal menduduki ujian pada bulan 3 ini... jujur... hati gelisah... apakah anak kecil taraf tadika ini bisa menerima didikan yang disalurkan... mendidik murid sekolah bukan mudah... apatah lagi anak-anak bersekolah tadika... walau sekadar tusyen... namun gusar itu masih ada... Tiada talian hayat untukku... apa yang aku harapkan semoga dipermudahkan usaha mendidik anak kecil ini... dan agar anak kecil ini menjadi insan yang berguna dan baktinya kepada ibubapanya... pernah juga terlintas... mengapa menyanggupi jika tiada daya... namun ketegasan dan keyakinan seorang ibu tidak kita nafikan... pilihan mencorakkan anaknya dengan pilihan warna... atau simbahan dakwat hitam... ibunya meletakkan aku sebagai berus yang membantu mencorakkan warnanya... Satu soalan mengancam aku... apabila disoal tentang bayaran... maka aku memberi kebebasan kepada penjaga menetap harga sendiri... kerana usaha ini aku niatkan untuk aset diakhirat kelak... bahkan aku cuba untuk mengamal cara guru agamaku yang mengenakan harga mengaji Al-Quran dengan seikhlas-ikhlas pemberian.. tanpa menetapkan bayaran kerana gusar membebankan ibubapa pelajar... amin... Keyakinan aku hanya pada Allah yang memudahkan perjalanan dan kelancaran mendidik anak kecil ini... moga dibukakan hati anak ini untuk menerima ilmu yang bermanfaat... amin.

No comments: