cobaan

Tuesday, March 13, 2012

edisi kedua



Assalammualaikum...wbt... dan salam tantapan....
ahakz...nilah barisan fasi yang membantu aku sepanjang kem berjalan... ada seorang yang xda dalam gambar... alhamdulillah kem berjalan... tapi... xmencapai target aku... yup seperti yang aku khabar-khabar sebelum ni... tentang perubahan tentatif yang tidak bersesuaian dengan dengan tujuan dan peserta... kalau tanya aku... memang aku ralat skit la dengan apa yang berlaku... apa yang aku boleh kata... aku cuba untuk puaskan semua pilih... yang keruh aku cuba jernihkan... yang simpulan berserabut aku cuba leraikan... aku bermain secara selamat kali ni... tapi... pengalaman baru untuk aku...

konklusi tentang kem kali ini...
pecahan pertama... guru-guru yang terlibat... maaf dulu ek... guru-guru yang join... kebanyakkannya baru... dan xpernah handle kem serta xpernah join kem pun sewaktu zaman persekolahan mereka... kalau orang lama dia tahu la macam mana kan... so... boleh dikatakan... half yang berguna... dan half yang xboleh diguna lansung... bahkan merosakkan program je... (opsss... kasar sangat ke?... ni penilaian akhir program... xpe kan...) nape ek? persoalan yang timbul?... aku difahamkan guru-guru ni ada meeting... dan salah satu intipati meeting ialah pelaksanaan tugas diaorang... jadi aku... beranggapan bahawa mereka FAHAM akan tugas mereka... hanya bahagian masakan je yang menepati piawaian tugasan mereka... bahagian lain? opsss... hanya atas kertas... yang lebih menyakitkan... dah la bahagian kerja sendiri x dijaga kemudian ganggu perjalanan program... cth... adakah perlu anda bergurau di saat orang sedang melakukan muhasabah diri? fuhhh... aku sendiri terpaksa membuat perubahan aktiviti sebelum aktiviti muhasabah diri atas nasihat dan permintaan pakar motivasi dengan harapan... kesan yang lebih ke atas peserta... tapi... gangguan daripada guru yang tidak faham konsep kem... (bahkan waktu meeting... mereka lebih banyak membuat complain tentang pelaksanaan...persoalan juga tercetus dari seorang guru senior kepada guru-guru yang baru... "cikgu pernah join kem x?" hmmm... persoalan yang mematikan complain guru baru sehingga diam membisu...) cukup untuk bahagian guru...

pecahan kedua... fasilitator... wow... memang mencabar sikit dengan sikap diaorang ni... yelah... dah terang-trang dok buat program kat skolah... kenalah jaga penampilan skit kan... ni x... buat sesuka hati je... aku yang berambut panjang pun potong kasi pendek... semata-mata nak buat kem 3hari je... DISIPLIN... konsep yang aku pegang... mungkin fasi yang aku bawa xsedar akan kewujudan mata-mata (mata-mata ni bukan polis ya... wahai pembaca...) yang memandang... bukan aku xbagi tahu... bisalah kalau dah ikut kepala sendiri je... nah ambik... xpasal2 ke maki... sedikit kecewalah dengan barisan fasi aku kali ni... seperti yang aku bagi tahu dalam post sebelum nilah... yang kol xangkat... ada gak... yang datang cuma permulaan kem... itupun belum briefing lagi... (yang ni budak kena maki tulah... sampai habis kem xmuncul2... aku harapkan dia yang always ada time kem... dia yang paling hampeh... last la... next time xkan bawa dia lagi... bagi malu satu team je... yang lebih malu akulah... sebab aku ketua...) kemudian... pelaksanaan aktiviti xseperti yang diberitahu... juga mengganggu tugas aku... kemudian lagi dari fokus pelaksanaan tugas mereka... nak buat macam mana mereka ni teruja lebih... cukup untuk bahagian fasi...

pecahan ketiga... peserta... kejutan bagi mereka... kerana mereka telah meletakan satu konsep... iaitu... "kem sesuatu seksaan" "kem hanya untuk orang bermasalah" dan ada juga yang mentafsirkan kem sebagai "perkhemahan"... sehingga apabila terkena kem kesedaran seperti ini... mereka yang telah terbiasa dengan kem "happy" atau bersamaan dengan perkhemahan... merasakan jurang pelaksaan program tidak seperti yang mereka jangkakan... wow... hanya kerana pemilihan peserta yang sudah lari dari tema asal... maka intipati program kurang bekesan... (opsss... aku xperasan aku marah dan maki budak selama 1jam setengah... itupun fasi yang bagi tau... sebab diaorang pun dah sakit telinga dengar aku beleter panjang lebar pasal soalan masa dan perjalanan hidup... cukup untuk peserta...

kenangan tentang kem... hurmmmm... al-kisah... terjumpa seorang peserta di kedai runcit... masa tu aku beli gas memasak... tiba2 budak tu sapa aku... dengan panggilan "Tuan Manshor..." (hahahaha... ni nama aku time kem...) aku terus tersenyum time budak tu panggil nama tu... lagi? macam biasa... bukan stakat peserta je yang akan dapat pengalaman baru... fasi pun kena gak... yelah... kena main dengan aku... sampai hari ni... apa je bahan2 perbualan time kem... akan jadi sebutan... bahkan diulang banyak kali... kebajikan fasi dijaga dengan baik oleh PKHEM...

konklusi aku? secara peribadi... buat masa ni.. cukup stakat ni je kot... if pihak sekolah nak aku buat sekali lagi program untuk edisi ketiga... aku kena letak syarat... atau ertikata lain aku kena lebih tegas... biarlah mereka pulak yang ikut cara aku... cukuplah 2 edisi aku turutkan kemahuan mereka... (xleh nak post byk gambr... line xok... 1 gambar pun lambat...) cukuplah ek... edisi kedua sudah tamat... adakah edisi ketiga masih dibawah pimpinan aku? tengoklah... macam mana... akhir kata... selamat menjalankan tanggungjwab anda... (hahaha... apa motif aku cakap macam ni pun aku xtau...hahahahaha) :)

3 comments:

eLL said...

pengalam dan kenangan yg cukup berharga

Yaya Ijat said...

salam...awak ckgu ea?

DuniA PemikiR said...

waalaikummussalam wbt... agak2... ada rupa cikgu ke cik suraya? huhuhu :)