cobaan

Tuesday, January 3, 2012

Jadikan Kelemahan Sebagai Keyakinan Bukan Tentangan

Assalammualaikum...wbt... dan salam membaca again...
kali cerita aku... mungkin ada yang penah mengalaminya... dan mungkin ada yang mengalaminya... tetapi berapa ramai yang mampu mengatasinya? ramai yang menjadikan kelemahan itu satu punca kegagalan dan faktor hilang keyakinan... tapi sedar atau tiddak... jika hari ini... kita jadikan kelemahan itu satu senjata insyaAllah... hidup kita lebih bahagia dari sebelumnya...

manusia sekarang lebih memikirkan gaya... yakni penampilan... atau lebih tepat pandangan dari sudut luaran... kerana bagi mereka diluar cantik itu sudah cukup... bagaimana dengan dalaman? nah ini kita harus ingat... aku cerita tentang aku... aku secara luaran... orang akan kata aku ni cina... jika sesetengah tempat orang akan kata aku ni mcm jepun... ada juga yang kata aku nepal... vietnam pun ada... myanmar pun ada gak... huhu... mula-mula dulu time aku kecik org dah selalu ejek macam tu... so skang aku kira dah lali dgn semua tu... ada sekali tu... aku balik dari sekolah... orang tua ni... minum ptg dok ejek2 aku... aku buat elex2 je... sampai anak dia pun dok follow ejek aku... tapi mmg malang la untuk anak dia... sebab dia ejek aku dekat depan umah aku... kena lagi ada membe aku jadi batu api... apa lagi time aku naik basikal bertiga... aku berdiri kat blakang sorang dok kat depan... sorang bawa basikal g kejar budak tu... bila aku sergah budak tu... muka cuak... walhal muka ganas... hahaha... time tu membe aku... gila-gile punya gelak... dah nak menangis ada gak budak tu aku kerjakan... walhal xsentuh ni... jentik pun tidak... (cerita pasal kenakalan aku kecik-kecik lain kali aku cerita k...)

berbalik kepada cerita aku tadi... badan aku ni nak kata besar sgt xdalah... kecil la jugak... tapi bezanya... aku mampu mengangkat benda berat berbanding yang berbadan besar... sebab? bukan aku nak kata aku hebat... tapi cara... atau faktor kebiasaan... contoh... dulu aku join abg aku bukak gerai... gerai tu kira sebahagian daripda assignment diaorang... diaorang jual nasi Ayam, steamboat dgn char kueh tiau... so gerai tu plak xda pili air... so aku bawa la gelen air atau bekas air g kat pili paip... xjauhpun sebenarnya... diaorang soh aku guna moto... abistu kena bawa satu gelen dua org... mana aku tahan... dalam hidup aku... kalau bawa gelan air berteman... kena marah tau dengan abah aku... siap kutuk2 lagi... lagipun aku mana boleh kalah dengan abah aku... kira dia "one of my hero" la... jika dibangdingkan hidup dia dan aku... aku rasa hidup aku lebih senang kot... aku cuba mengambil semangat abah aku dan kuterap dalam hidup aku... so dalam konteks mana korang nak kata aku as anak yang bongsu anaknya manja? sedangkan anda mungkin lebih manja kerana tidak pernah menyentuh bahkan melihat kerja-kerja keras... huhu opsss sorry... biasanya org2 bandar yang xda kampung dgn manusia yang sudah merasa kesenangan hasil usaha org... tanpa merasainya sendiri aku klasifikasikan sebagai manja... opsss... again...

again cerita aku lari benda yang aku nak sampaikan... hahaha kalau siapa2 kenal mr. Os...
ramai yang beranggapan bahawa beliau mempunyai kelemahan kerana giginya yang jongang... tapi hasilnya pada beliau... sesuatu yang luar biasa... kerana apa? pertama sentiasa mensyukuri nikmat kurniaan ilahi... tapi kita macam mana? malah membenci siap berbalah kenapa Allah jadikan aku seperti ini... kita silap... sejujurnya silap... Allah kurniakan Mr.Os bakat... kita lihat sekarang berapa ramai org yang ada rupa boleh berlakon dengan baik? fikir2kanlah... yang kedua... giginya bukan faktor kelemahan baginya.. tetapi orang kita memandang gigi itu satu kelemahan buat beliau... mengapa dia boleh bangkit? sebab faktor kelemahan menjadi tulang kepada motivasi diri sendiri... tapi org kita... kelemahan dijadikan alasan untuk berputus asa... "jika hari ini kita rasa kita lemah... sebenarnya ada lagi yang lebih lemah... jika hari ini kita rasa kita susah... sebenarnya ada lagi yang lebih susah... tetapi jika hari ini kita berjaya... jgn lupa bersyukur dan bersedekah..."

gemuk... adalah pandangan fizikal.. atau sinonim dengan masalah obesiti di abad ini... haa...
ni gambar bob kuman...
sungguhpun berbadan besar... dia juga terkenal dikaca layar... tapi pernah xkorang terfikir kehidupan mereka ni macam mana? penah xkorang fikir adakah dia ingin jadi begitu selamanya? hanya empunya badan sahaja yang tahu... tapi bagi aku... mmg ada pahitnya... tetapi setiap daripada kita ada masanya merasa rendah diri tiada daya... itu sebenarnya bagus... bukan berputus asa... tetapi... muhasabah diri tu yang penting... "jangan fikir untuk jadi sempurna... kerana sampai kapan pun... kamu xkan pernah bisa mengecapinya... tetapi berfikirlah untuk menjadi baik... bahkan mungkin juga lebih baik... dan juga terbaik... kerana itu pasti bersama anda jika kena dengan caranya..."

sebelum aku melencong ke arah cerita lain lebih laju lagi... baik aku noktahkan cerita aku kali ni... bukan apa bnyk sangat cerita dalam ceritakan... hahaha... well the real me... kalau betul2 kenal... xkan berhenti ceritanya... hahaha... secara holistiknya... jangan lah anda berasa rendah diri dengan kelemahan yang anda rasai sedangkan kelemahan itu adalah sebenarnya kejayaan buat anda...jika anda menjadikan kelemahan itu satu kekuatan... atau motivasi tinggi bagi anda insyaAllah... segala kelemahan bukan lagi tentangan tetapi peraih kegemilangan... sekali lagi prinsip ini aku kongsikan...." kita tidak hidup bila ada yang memuji... dan kita juga tidak akan mati bila ada yang mengeji..." sekian... bicara tiada daya dari: Sang Dunia Pemikir

No comments: