cobaan

Thursday, December 1, 2011

Hijrah 1433

Assalamualaikum... sudah lama tidak menconteng di laman ini... story tentang hijrah... this hijrah aku set kan diri aku perubahan dari sudut yang lebih kecil... yang mungkin orang dok kata... hang wayang lebih... so apa hijrah aku? semua orang tahu... bila sebut pasal hijrah ni... basically orang akan kata... perpindahan... and yang ada lebih info sikit akan jawab... perubahan daripada sesuatu kepada kebaikan... so apa sudut yang lebih kecil aku maksudkan? dunia kita ni dah maju... cabaran dengan dugaan sangatlah tinggi jika xreti nak mengawalnya... so hijrah pertamaku... jaga mata dari melihat segala perkara yg mengundang kepada dosa... yang kedua... jaga mulut daripada bercakap perkara-perkara yang tidak elok... (yang ni kena bekerja keras... sebab... aku ni suka sangat kenakan orang...huhuhu) yang ketiga... jaga telinga dari mendengar perkara-perkara yang xelok... selama ni aku ni suka sangat dengar orang mengumpat... hahaha sebab aku bleh join skali... (ni yang kena hijrah tu...) yang keempat... hijrah ni nak kena ringan-ringankan tangan... dengan hulurkan bantuan... bersedekah ke... yang kelima... nak kena ringankan juga kaki ni melangkah ke rumah Allah... ni x... kalau bukan pasal solat jumaat... xkan nampak la batang hidungnya... dan yang terakhir... hijrah aku... belajar mencintai Allah dengan sepenuh hati... sebelum aku boleh membahagi-bahagikan kepada yang lain...

Bercerita pasal rumah Allah untuk sambutan maal hijrah yang lalu... agak sedih jugak la... masjid jadi suram untuk sambutan tahun hijrah ni... bayangkan yang hadir hanya dua shaf aje... bahkan pada siangnya masing2 dengan agenda tersendiri... ada yang bagi tahu nak main futsal la... ada yang bagi tahu nak tgk wayang la... which is kita sebenarnya dah jauh sangat larinya... cuba tanya balik orang-orang disekeliling kita... apa peristiwa hijrah? tanya bagaimana mereka tahu akan hari tersebut maal hijrah? adakah kerana melihat di kalendar atau faktor update manusia di laman-laman sosial?

Pengisian sesi ilmu hijrah...
Alhamdulillah... ceramah antara maghrib dan isyak sangat menarik... waima kita sering diceritakan akan peristiwa penghijrahan nabi dan umat Islam... sewaktu kecil dahulu... tetapi pembawakan dan penyampaian Ustaz itu... cukupbaik... kerana penerangannya kadang-kadang diterjemahkan dalam kehidupan kita sekarang... bahkan perkara-perkara yang menjadi keraguan kita hari ini juga dijelaskan dengan baik...

aku rasa setakat ini je kot coretan untuk kali ni... insyaAllah aku akan kembali menulis di blog ni... sebab blog yang baru telah di cemari... doa-doakan hijrah aku tahun ini berhasil... pasal gadget... layout aku yg masih belum update tu... xyah cite la... last aku update blog ni pun 2tahun yang lepas... hahaha... tunggu next entry aku... ada nak citer skit... huhu :)

No comments: