cobaan

Thursday, December 29, 2011

Aku Lemah Tiada Daya...

Assalammualaikum... dan salam membaca...
emosi aku akhir-akhir terganggu dengan ragam "mereka" yang cuba mewujudkan sebuah kehidupan mereka sendiri... mungkin penulisan aku kali ini sangat beremosi... tetapi akan cubaku tapisi dengan kata-kata gantian dan perlambangan sewajarnya... "mereka" ini bukan bodoh dari segi IQ malah bijak dalam bidang pendidikan... malangnya golongan ini terlalu terikut-ikut dengan ideologi "aku ingin kebebasan" atau juga "dunia paksaan berakhir di sini" atau "masa untuk aku memberontak"... golongan mereka ini juga merupakan golongan yang berjaya... tetapi gagal dalam erti kata mengawal hati dan minda...jika ditanya adakah anda tahu akan akibat perlakuan anda? kebanyakkan mereka tahu bahkan ada yang lebih mengetahui daripada si penanya...



golongan ini juga terbahagi kepada beberapa kumpulan... kumpulan satu... kumpulan kancil yang melepasi sang buaya... kumpulan dua... kumpulan kura-kura dalam cengkerang... kumpulan ketiga... kumpulan khinzir sodokkan...(pelik? tapi benar...) golongan ini juga mempunyai fasa bahkan mereka mempunyai perancangan yang lebih baik daripada golongan kebanyakkan... bijaknya mereka ini kerana mereka menerapkan dan memanipulasikan prinsip atau panduan hidup manusia sebagai cara menyelesaikan bahkan membuat perancangan... tanpa anda sedari...percayalah... mereka ini ada disemua bidang kerjaya... dan jangan terkejut jika mereka lebih kepakaran berbanding anda... bagusnya mereka... kerana mereka tidak meletakkan elemen peribadi dalam pelaksanaan tugas... tetapi akan cuba mempengaruhi mereka sekitarnya... maka inilah golongan kancil... yang bijak mengatasi buaya... tanpa niat mengajak tetapi golongan kura-kura dan khinzir terpengaruh... bukan kerana bijaknya kancil... tetapi pembawakan sang kancil seperti menyusukan anak supaya mendapat kalsium sebagai pembesaran tulang...



beralih kepada golongan kura-kura dalam cengkerang... golongan ini sebenarnya boleh diselamatkan... kerana langkah mereka masih lambat seperti kura-kura juga... akan tetapi... golongan ini sentiasa memerlukan bimbingan... sekali tali tempat mereka berpaut hilang... maka mereka akan bergerak secara agresif kerana pembimbing yang baru mungkin dari kalangan nista... dan golongan terakhir golongan khinzir... golongan ini diklasifikasikan sebagai halia muda... ranum.. tetapi tahap keutuhannya rapuh berbanding halia tua... mereka ini golongan yang paling lemah...kerana seperti frasa atau penggunaan mereka hari ini tentang " membabi buta "



mengapa membabi buta? kerana tiada ilmu... meratapi... bahkan mengamalkan tanpa rasa gentar si kura-kura... tetapi mengambil semangat kancil yang bertindak berani... tetapi kondisi iQ lemah tanpa daya... fuhhh... mungkin penulisan kali ini terlalu memeningkan anda... bahkan ada yang merasa terhina... tetapi bagi golongan yang aku nyatakan... mereka lebih faham... kerana mereka telah mengaburi mata anda bermula hanya dengan asap dari kepulan rokok... bertukar ke asap pembakaran rumput... dan akhirnya ke pembakaran dunia...

Secara jujur... aku lemah tiada daya... aku bangkit berjuang melalui penulisan nista ini... kerana aku tiada daya melalui anggotaku... tiada daya juga dalam lontaran suaraku... tetapi apa yang termampu hanya menolak dalam hatiku... lalu diterjemahkan melalui penulisan aku... aku berperang dengan diriku kerana tidak mampu menyumbang ke arah penegakkan panji-panji kebesaran... Akhir kata dari aku...semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah SWT...semoga Allah turunkan hidayah buat kita semua hamba-hamba-Nya...

2 comments:

Nong Andy said...

secara jujurnya aku memang pening membacanya.. siapa 'mereka' dan apa yang telah 'mereka' buat.. dan paling penting sekali.. adakah aku tergolong antara 'mereka' itu..

* eh.. tulis komen, tapi lupa bagi salam.. salam tuan rumah. aku tumpang lalu di sini :)

DuniA PemikiR said...

hehehe... ye silakan lalu ye... tQ 4 da komen... like i said... if u dont understand... dat mean u not equal to... tapi... boleh jadi anda juga tergolong... tapi bukan kumpulan 1.. mungkin kumpulan 2 atau 3... sbb anda tidak memahami intipati yang saya tulis... hehehe... siapa "mereka" erm... biarlah bahasa jadi kiasan pengantara benci tanda protes kpd mereka... (berdoa juga moga hidayah diturunkn kepada kta semua...) :)